Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna

Takdir Percaya Yang Tidak Sirna Dunia kini mula mendapat cahayanya Kebaikan mula menyinari menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi Enam bulan berlalu penuh ketenangan tanpa peperangan Dakwah berjalan gencar dan Angkasa Sa

  • Title: Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
  • Author: Hilal Asyraf
  • ISBN: 9789830974163
  • Page: 182
  • Format: Paperback
  • Dunia kini mula mendapat cahayanya Kebaikan mula menyinari,menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi Enam bulan berlalu penuh ketenangan,tanpa peperangan Dakwah berjalan gencar,dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.Tanah Suci,Bumi Barakah dan ChinDunia kini mula mendapat cahayanya Kebaikan mula menyinari,menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi Enam bulan berlalu penuh ketenangan,tanpa peperangan Dakwah berjalan gencar,dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.Tanah Suci,Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan Dengan beraninya,serangan ke atas Ethan dilancarkan.Namun,Sang Asura tidak mengalah,dia juga punya rencana Kali ini,Sang Asura sendiri akan turun beraksi Lantas,badai yang tidak pernah disangka selama ini akan melanda dengan hebat sekali Mampukah para pembawa cahaya menangani Takdir 2 Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman Kala kegelapan menguasai dunia,tika dunia telah hancur dek tangan tangan manusia itu sendiri Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.Takdir,cerita perjuangan mereka yang percaya kepada Nya.

    • Best Read [Hilal Asyraf] ´ Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna || [Sports Book] PDF Å
      182 Hilal Asyraf
    • thumbnail Title: Best Read [Hilal Asyraf] ´ Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna || [Sports Book] PDF Å
      Posted by:Hilal Asyraf
      Published :2019-02-08T00:49:40+00:00

    About "Hilal Asyraf"

    1. Hilal Asyraf

      Muhammad Hilal Aysraf bin Abd Razak berasal dari Johor Darul Takzim Anak sulung daripada empat orang adik beradik ini dilahirkan pada 16 Januari 1989 Mula serius menulis sebaik sahaja masuk ke tingkatan enam dan kini, telah menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan dengan terus aktif di dalam bidang penulisan.Beliau menulis Buku Motivasi, Novel Islamik, dan Kumpulan Cerpen.Selain giat menulis novel, bekas pelajar Ma had Attrabiyyah Al Islamiyah MATRI Perlis ini juga giat menulis artikel artikel tazkirah, manajmen qalbu dan perkongsian di lama blognya LangitIlahi

    822 thoughts on “Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna”

    1. Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dan terus-menerus berusaha.Itulah dia iman. Itulah dia pemberi kekuatan.- page 219Superb. Bagai menonton gabungan filem hebat Hollywood. Tapi ini lebih hebat Antara fantasi dan realiti. Percaya yang tidak akan sirna.Full review: 04/09/2013Nampaknya tuan penulis masih mampu mengikat aku untuk terus menjadi peminat setia siri Takdirnya ini. Novel berentak aksi, gaya tarbiah moden. Dalam sibuk membaca, hati diajar agak tidak pernah lupa akan-Nya. Alhamdulill [...]


    2. Dari tajuknya, Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna merupakan sambungan kepada novel sebelumnya, iaitu Takdir 1: Cahaya Yang Tidak Terpadam. Takdir 2 juga merupakan novel kedua daripada trilogi novel ini. Walaupun demikian, novel ketiga masih belum diterbitkan lagi. Namun, dengar khabarnya, akan diterbitkan tidak lama lagi. Dijangkakan akan terbit pada tahun 2014 pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, jika saya tidak silap. Insya-Allah.Jalan cerita utama novel ini sememangnya sambungan te [...]


    3. Segala misteri & persoalan yg di tinggalkan dalam buku pertama beliau, terjawab sudah dalam novel kali iniSiapa Izrayel Junjaki, Asura & Jeneral End sudah di jawab pada m/s 99lahan penulis menyediakan 3 edisi khas untuk tatapan pembaca di helaian terakhirJika Buku Pertama, Tanah Haram hanya bertahan daripada serangan 5 Jeneral, untuk Buku Kedua, penulis cuba membuatkan Tanah Haram menyerang wilayah2 yang di kuasai oleh 5 Jeneral pula& aku rasa untuk Buku Ketiga nanti kemungkinan sera [...]


    4. karya kedua saudara Hilal pada buku ini sangat menyentuh hati terutamanya aspek kepercayaan kita kepada qadak dan qadar Allah. sungguh orang mukmin itu kuat usahanya dan tawakkalnya kepada Allah. di akhir usaha itulah taqdir. orang mukmin itu baik sangkanya terhadap Tuhannya. suatu benda yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian untuk capai ketenangan dalam hidup.


    5. Novel kedua trilogi Takdir membawa pembaca mengikuti pengembaraan dan pertarungan "mereka" dalam meneruskan perjuangan diluar kawasan Tanah Haram.Ok mula-mula sekali pada pendapat aku penulis sepatutnya menyediakan satu peta sebagai rujukan memandangkan kisah kali ini kembaranya luas ke wilayah-wilayah luar.Persoalan-persoalan yang timbul dalam Takdir 1 diperjelaskan dan terungkai dengan pendedahan dalam sekuel ni.Didunia ini ada 3 kaum iaitu manusia, makhluk genetik&kaum gergasi.Kemunculan [...]


    6. Kesinambungan kisah peperangan dari novel Takdir 1. Kisah perang dan tarbiah dalam Takdir 2 tidak mengecewakan, sama seperti Takdir 1. Babak2 pergaduhannya boleh diimaginasikan dan sedikit sebanyak akan terbayang babak2 dalam Lord of The Rings. Pendekatan Hilal Asyraf dalam dakwah dan tarbiah amat terkesan juga di hati ni.Percayalah kepada Allah, nescaya semua urusan akan mudah dilaksanakan. Insya-Allah.


    7. Buku ini mempunyai jalan cerita yg menarik dan pada masa yg sama memberikan banyak kesedaran. Dengan izin Allah, saya lebih memahami makna kun fayakun dengan membaca dan memahami watak di dalam cerita ini. Among the best book I've read ever.



    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *