Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata

Natrah Cinta Rusuhan Air Mata Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha anak Belanda Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah b

  • Title: Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
  • Author: Fatini Yaacob
  • ISBN: 9789835207297
  • Page: 320
  • Format: Paperback
  • Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah bind Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan iBuku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah bind Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa kandungnya di Belanda Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama Mansor Adabi, 22 tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang undang sivil Inggeris.Kesnya menjadi terkenal apabila berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.Sebelum ini buku ini berbentuk tulisan kewartawanan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan di lapangan dan diterbitkan selama empat bulan melalui majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka DBF pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989.Kini kisah Natrah ini dirakamkan kembali dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif, kerana empat sebab yang utama Pertama Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.Kedua Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.Ketiga Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah Mansor.Keempat Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air.

    • ☆ Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata || ✓ PDF Download by Ù Fatini Yaacob
      320 Fatini Yaacob
    • thumbnail Title: ☆ Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata || ✓ PDF Download by Ù Fatini Yaacob
      Posted by:Fatini Yaacob
      Published :2019-07-21T18:23:52+00:00

    About "Fatini Yaacob"

    1. Fatini Yaacob

      Puan Sri Fatini Yaakob dulunya adalah seorang wartawan editor majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1981 1993 Beliau pernah menyiasat tentang Tragedi Natrah sehingga menemui Natrah di Amerika Syarikat tahun 1990 an.

    368 thoughts on “Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata”

    1. Satu usaha yang sangat teliti dan mendalam dalam menyingkap sejarah rusuhan di Singapura pada 1950. Sebagai pembaca, saya sangat terhutang budi dengan kesungguhan penulis dalam menyampaikan kisah Natrah ini.Saya mula membaca tentang Natrah semasa berada di tingkatan 2 atau 3 (2010 atau 2011) kalau tidak silap saya. Sumber bacaan saya hanyalah dari Internet semata-mata. Dan ternyata ada juga sedikit salah faham saya terhadap sejarah ini. Setelah berpeluang membaca buku ini, saya juga tidak menyan [...]


    2. Pertama kali mendengar nama Natrah apabila mengikuti satu ceramah agama di Utm. Tidak lama kemudian terjumpa buku ini ketika jualan buku di hadapan perpustakaan utm (psz) dan bertemu dengan penulisnya Datin Fatini Yaacob ketika beliau dijemput untuk satu program bual bicara di Dewan Canselor Utm.Didalam ceramah berkenaan ustaz tersebut dengan bangga mengatakan betapa ramainya yang sanggup datang menyokong Natrah sehingga berlakunya rusuhan besar. Tetapi hakikatnya dari buku yang ini, Natrah send [...]


    3. Such a good book! So detailed and laden with facts that most of us don't know about Maria Hertogh. Personally I love reading History books and this is one of the best! Highly recommend this book for History lovers :)As the title shows, "Cinta, Rusuhan, Air Mata" (which means Love, Riot, Tears) the book is not entirely about the famous riots that occured in 1950. The book also revolves around Maria Hertogh's life, her early marriage that was annulled, and most significantly, showing how biased th [...]


    4. Sejujurnya saya tidak tahu apa mahu diulas tentang buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob. Garapan dan naratif yang indah dan kerap kali penuh syahdu benar-benar merayapi seluruh jiwa saya di sepanjang pembacaan. Memang benarlah kata penulis bahawa corak naratif buku sejarah ini berbentuk kewartawanan kreatif.Bahagian terakhir buku ini yang memerikan Natrah kembali ke Singapura dan Kemaman, Terengganu setelah berpuluh tahun benar-benar mengujakan saya. Sangka saya i [...]



    5. Selesai membaca tulisan Dr. Fatini Yaacob ini, sukar untuk melupakan pergolakan dalaman seorang Natrah atau Huberdina Maria Hertogh. Beliau diibaratkan sebagai 'collateral damage' sebuah pertikaian antara dua negara, dua wanita dan dua agama.Saya sangat menghargai usaha penulis untuk merungkai sejarah hidup Natrah dengan menemuramah figura-figura penting yang memainkan peranan semasa nasib Natrah dibicarakan di Singapura; bekas suaminya Mansor Adabi, saudara angkatnya dari Jepun Kamariah juga Ve [...]


    6. I am a history freak particularly on the Malay issues. I first heard of Natrah's dilemma when I was a kid, watching the documentary "My Name is Natrah, Not Bertha" and the essence of the programme resonated in my mind, until now. To really fathom the real gist behind the scene was somewhat an alleviating experience. Nevertheless, it was sad to find that Natrah became the victim of egoism; torn by the tug-of-war between two families, two religions and two countries. The little girl's happiest lif [...]


    7. Saya mengambil sedikit masa senggang hujung minggu dengan khusyu'-shahdu membaca buku berjudul "Natrah" karya Puan Sri Fatini Yaakob. Satu penghargaan berma'na, dapat menemui, bersembang sedikit, dan mendapatkan tandatangan ekslusif daripada beliau. Takdir Allah sungguh tersusun kemas, saya menemui tanpa dirancang di Perhimpunan Agung UMNO 2016!Semasa di UUM dahulu memang ada program mewacanakan buku ini. Malangnya saya tidak dapat hadir ketika itu kerana tuntutan kuliah, hiba tidak terkata namu [...]


    8. Natrah karya Fatini Yaacob seharusnya dibaca oleh masyarakat. Tajuk dan description mengenai muka depan sudah cukup menyentap pembaca. caption untuk gambar di atas: Gambar pernikahan Natrah dengan Mansor Adabi pada 1 Ogos 1950. Gambar ini menjadi sebab derita Natrah berpanjangan sebahagian besar hayatnyanta mereka menyebabkan rusuhan yang tragis di Singapura (1950). apa yang paling menarik. Natrah menjadi mangsa keangkuhan sebuah negara yang mahu menebus malu kerana kalah perang. Natrah merana j [...]


    9. kecil - kecil dahulu dikenalkan kisah natrah melalui lagu kumpulan al-wadi. tahu serba sedikit pasal natrah. tidak pernah saya ketahui ia adalah sebahagian dari sejarah tanah melayu. betapa besar kisah seorang natrah dikenali seluruh dunia. menelusuri sejarah natrah meninggalkan kesan sangat mendalam. dengan naik turun pelbagai rasa. marah. sedih. pedih. semangat nasionalism. kecewa. kadang- kadang bahagia. kalah drama melayu. walaupun kes ini dimenangi oleh ibu bapa kandung natrah tapi mereka d [...]


    10. Saya Tak kenal Natrah, saya sangat hargai usaha penulis~Fatini Yaacob. Saya hubungi mak bertanyakan tentang Natrah. Tapi mak kurang mengikutinya. Jadi saya teruskan juga untuk membaca kisah Natrah ini kerana saya cintakan islam. Buku sejarah ini perlu dimiliki oleh setiap keluarga melayu yang mengaku beragama islam. Islam itu adalah cara hidup dan cara hidup islam adalah yang sebaik-baiknya.Ini adalah buku sejarah dimana orang melayu sebelum merdeka boleh bersatu jika islam dipermainkan. Saya su [...]


    11. Baliklah kepadaNya, Dia menunggu kita dengan penuh kasih sayang, kerana saya percaya bahawa "Berikan hati yang luka parah itu kepada manusia, kebanyakan manusia akan menghancurkannya, berikanlah hati itu kepada AllahDia akan mengubatinya" --Fatini Yaacob. Setelah sekian lama hati meluap2 untuk mengetahui kisah sebenar Natrahakhirnya tertunai jua hasrat yang kian lama terpendam.ka duka bercampur baur dendam kala membaca Natrah (1973-2009) Cinta.Rusuhan.Airmata. Namun dia sudah pergi menemui Penci [...]


    12. Judul : Natrah ( cinta, rusuhan, air mata)Penulis : Fatini YacobPenerbit : UTM Press Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung dan menyatu dengan kisah bangsa melayu dengan agamanya hingga mencetuskan rusuhan tragis di singapura.Natrah juga menggambarkan perpaduan umat islam di seluruh Tanah Melayu. Kelebihan covernya menarik ulasan cerita sangat mengharukan, dan sangat berkesan.Ktltmahannya bahasanya kurang bersahabat dengan sebagian remaja, sehingga para remaja kurang tertarik untk membac [...]


    13. Kisah Natrah yang menyentap hati ramai masyarakat melayu khususnya. Kisah yang pernah mencetus rusuhan besar di Singapura suatu masa dahulu.Saya tertanya-tanya, betapa besar jiwa Natrah melalui semuanya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2009. Cerita mengenai Natrah ini sebenarnya tidak asing, dan tidak keterlaluan juga kalau hendak cakap bahawa ianya antara salah satu sejarah yang tidak kecil pernah berlaku.Natrah. Kisahnya tidak pernah luput dan asing dari pengetahuan pelajar undang [...]


    14. Lahirnya buku ini sangat mengujakan saya yang telah lama tertangguh untuk menyudahkan pembacaan saya tentang kisah Natrah. Sebelum ini saya pernah mengikuti kisah beliau melalui Dewan Masyarakat tetapi tidak dapat mengikuti sepenuhnya kerana ketika itu masih bersekolah menengah dan agak sibuk dengan tuntutan seharian sebagai pelajar serta tidak cukup wang untuk melanggan majalah tersebutKisah yang pernah mendapat tempat di hati hampir semua masyarakat dunia patut dibaca oleh kita semua sebagai s [...]


    15. Natrah, nama yang meninggalkan kenangan suka duka kepada sejarah tanah air. Menyelami kisah Natrah yang ditulis Fatini Yaacob ini cukup tragis kerana dalam perjalanan hidupnya, beliau dan ibu tirinya melalui getir dalam perebutan hak penjagaan dirinya malah bertambah dilema berdepan ibu kandung yang menuntut hak anak kembali setelah beliau telah mengamal ajaran Islam dan berbudaya Melayu. Konflik ini tiba-tiba membawa isu agama cuba diapi-apikan, membawa campurtangan politik sehingga membawa pol [...]


    16. Kisah natrah sangat menyentuh jiwa saya. Walaupun saya masih belum dilahirkan ketika kisah natrah bermula, akan tetapi dengan adanya buku daripada penulis yang saya segani iaitu puan fatini saya rasakan seolah-olah saya berada di zaman tersebut. Banyak kisah-kisah kehidupan natrah yang diabadikan didalam hidup ini. Saya pasti, tiap-tiap anak muda yang ingin mengetahui mengenai natrah harus membaca buku yang lengkap ini.


    17. Buku yang saya baca sambil-sambil menunggu jarak waktu nak exam dulu. Cerita Natrah ini sebenarnya sudah pernah saya baca di artikel-artikel berita, buku sekolah tetapi buku tebal ini lebih menceritakan secara terperinci mengenai kisah Natrah. Mainly apa yang berlaku padanya selepas peristiwa dia diambil balik ke Belanda.Such an interesting book. Love it. Well this is quite a case kan, especially to Muslim? You'll know better when you read this book.


    18. Kisah Natrah adalah titik kesatuan Melayu berakar umbikan nilai keislaman dan persaudaraan yang utuh demi jiwa muda seorang kanak-kanak perempuan Islam yang dipaksa meninggalkan agama yang telah dipupuk sejak kecil.Rentetan cerita Natrah lebih dramatis dan menyayat hati dari mana-mana karya fiksyen, dan ia lebih menyedihkan kerana benar-benar telah berlaku.


    19. Kisah tragis. 1. Kisah ini, kalau di filemkan, sangat bagus.2. Moral utk generasi kemudian: patut diberi pendedahan akidah yang betul sejak anak-anak kecil, bila umur >10 tahun akidah dah jitu. 3. Qadr Allah masha a faal 4. Terima kasih kepada penulis Fatini Yaacob dan DBP.


    20. untuk permulaan buku ini sangat berjaya mencengkam emosi saya ketika mula membaca . buku yang patut dibeli untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kepincangan sistem mahkamah syariah malaysia secara tak langsung dan mengenali tragedi natrah dengan lebih mendalam lagi


    21. disebabkan keinginan aku nak tahu tentang Natrah, aku sanggup beli buku ni yg harganya RM80. buku termahal yg aku ada sekarang.



    22. natrah bukan sekadar kisah yang menjadi sejarah tetapi merupakan penyatuan gerakan semangan islam dan orang melayu ketika itu.ngalaman fatini sangat berharga dan wajar dikongsi bersama




    23. greet. gaya bahasa yang mudah difahami dan susur galur sejarah orang islam di tanah melayu dan perjuangan nya.





    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *